BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 22 Februari 2011

hukum

SUMBER DARIPADA INTERNET .

Hukum rasuah kerana menolak mudarat atau mengembalikan hak yang hilang
"Kadangkala seseorang itu terpaksa menyogok sejumlah wang kepada pemerintah/penguasa yang keji atau pemeras yang zalim untuk mengelakkan mara bahaya dari keluarganya. Di mana jika dia tidak menyogok, mara bahaya itu memang benar-benar akan berlaku. Ketika itu apa yang perlu dilakukan?

Atau kadangkala dia mempunyai hak tertentu, tetapi hak itu tidak akan diperolehi kecuali selepas membayar sejumlah wang. Ketika itu apa yang mesti dilakukan?

Apaka dia perlu mendedahkan diri dan keluarga kepada mara bahaya yang akan datang? Dan apakah di perlu membiarkan haknya itu hilang dan terlepas kerana takutkan dosa rasuah? Atau apakah dia perlu membayar sejumlah wang untuk tujuan memelihara diri dari mudarat atau mengambil hak yang sepatutnya diperolehinya?

Jawapannya: Wallahu a'lam… Apabila mara bahaya yang akan datang itu diperkira-kirakan amat dahsyat sehingga tidak sanggup ditanggungnya, atau haknya yang akan hilang itu tidak akan menjejaskan dengan teruk kehidupannya, maka ketika itu dihukumkan dengan hukum darurat/terpaksa sebagaimana dibenarkan memakan bangkai ketika terdesak. Bolehlah membayar sogokan itu kepada penguasa yang zalim itu dengan maksud mahu memelihara diri dari kemudaratan. Dosa dikenakan kepada penerima sogokan itu sahaja, tidak kepada penyogok yang dizalimi." (Ibid.)


#sebelum ini, aku pernah ditahan polis kerana memandu kereta tanpa lesen. Anggota polis itu mengesyorkan agar aku berunding dengannya supaya aku boleh terlepas dari hukuman dibuang lesen aku dan ibu bapaku dengan memberikannya ' duit kopi ' . Namun, kerana memikirkan kemudaratan yang bakal terjadi kepada seluruh keluargaku, aku terpaksa memberikan wang kepadanya walaupun aku tahu ia merupakan rasuah yang merupakan suatu kezaliman yang besar .APAKAH HUKUMNYA ? Saya berasa bersalah namun puas kerana keluarga saya bebas dari kesusahan . kepada yang lebih arif, tolong jelaskan..

0 ulasan: